Pages

Sunday, December 5, 2010

update?

Assalamualaikum..
dah lama tak update blog ni. (actually teringat nk update blog sendiri lepas tengok blog lecturer :p)
sekarang ni rata-rata mahasiswa dan mahasiswa sedang bercuti, exam dan konvo!
tp bagi seorang MS, sekarang adalah masa untuk ke kuliah and ward round :]
Hmmm.. actualy belum bersedia nak post something yang informative.
Just nak remind diri sendiri dan readers2 sekalian... jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kita tak tahu bila Allah akan tarik balik apa yang dikurniakan kepada kita. So, mari bersyukur :] ~~~



Sunday, December 27, 2009

Medical Checkup: PASTI AL-HASANAH


Assalamualaikum, subhanallah... sungguh, rancangan Allah itu maha hebat!

Bagi student yang jarang bercuti ini pasti teruja apabila mendapat cuti, walaupun sehari, itu pun sudah memadai. Tetapi, setelah mendapat cuti selama 10 hari, tiba2 terasa blur@keliru.
Lebih2 lagi bagi yang tak balik ke kampung halaman =]

Adakah cuti ini bakal diisi dengan mengulangkaji pelajaran setiap hari?

Hmmmm... Kemungkinan jawapannya adalah TIDAK!

kepada sahabatku, kita sering merancang, tetapi ke mana akhirnya? =]

Alhamdulillah.....
rupa-rupanya Allah telah menyediakan sesuatu yang 100x lebih baik untuk kita =]

panggilan dari Kak Adibah merupakan sebuah rahmat
pelawaan untuk membantu Dr. Linda untuk medical checkup sudah pasti tidak dilepaskan!


Actualy post kali ni Sempena KKK (Kempen Kesedaran Kesihatan) yang bakal berlangsung Februari nanti.
mungkin Allah takdirkan kita ke sini sebagai persediaan untuk ke Janda Baik nanti.
(sebab ajk2 agak kurang berpengalaman :'( )

bertempat di Senawang, N9 dengan kerjasama Yayasan Amal
semoga urusan medical checkup KKK nanti dipermudahkan... Aminn...
ini antara gambar2 semasa medical checkup tersebut:

p/s: bleh wat rujukan untuk KKK nanti. nak cerita lanjut bleh tanya Rahmah & Loly. cuti masih panjang... semoga ada lagi perancangan dariNYA


Dr Linda tekun memberi nasihat kat sebelah..
pesakit ni macam nak men gusti lengan dgn Rahmah =]

nak bantuan??
membantu tanpa mengira bangsa dan agama, 1Malaysia??


Pendaftaran...
pacik ada skit jantung? diabetes? darah tinggi?

BP set
yg elektronik ni lg mudah digunakan, simple n cepat

Pengukur BMI
xpayah guna kalkulator
just padankan berat & tinggi

Sunday, December 20, 2009

Ubat hati..


Hidup tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah... itula kata2 yang mampu diungkapkan ketika perkara yang tidak diingini berlaku kepada kita. Result 1st year baru je kluar last week.. xlupa juga dekat sahabat2 2nd year :] Tahniah kepada yang berjaya meluluskan diri. Kepada yang "kurang lulus" tabahkan hati, tingkatkan usaha... carilah hikmah disebaliknya.. :]

KURANG LULUS tidak semestinya kita ini adalah student yang paling LEMAH, mungkin sebagai keKUATan untuk terus menghadapi cabaran pada masa hadapan,

KURANG LULUS tidak semestinya Allah tidak menyayangi kita.. Allah Maha Penyayang..., mungkin kerana sayang, DIA kurniakan kegagalan agar kita terus mendekatiNYA supaya tidak menjadi LALAI

KURANG LULUS tidak semestinya satu keburukan buat kita, mungkin yang lebih baik akan tiba suatu hari nanti.. siramlah hatimu dengan air dari telaga keSABARan.. sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita

Selalulah berDOA kepada Allah, kerana DIAlah yang memberikan pertolongan kepada kita,

" Dan apabila hambaku-hambaKU bertanya kepadamu (Muhammad) tentang AKU, maka sesungguhnya AKU dekat. AKU kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)KU dan beriman kepadaKU, agar mereka memperoleh kebenaran." AlBaqarah:186

Selain itu, MUHASABAHlah diri, mungkin ada yang terSILAP dalam perlakuan kita, mungkin ada keKURANGan pada amalan kita, so berusahalah membaiki kesilapan itu dan tingkatkan amal kita.

Apa yang penting, hindarkanlah perasaan cemburu kepada rakan2 yang lulus. Kadang2 bukan niat mereka untuk menyinggung perasaan sahabat yang kurang lulus apabila mereka "gembira".

Jagalah HATI, jangan biarkan keGAGALan dunia ini membawa kepada keGAGALan akhirat.



Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi

Tombo Ati By Opick