Pages

Sunday, December 20, 2009

Ubat hati..


Hidup tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah... itula kata2 yang mampu diungkapkan ketika perkara yang tidak diingini berlaku kepada kita. Result 1st year baru je kluar last week.. xlupa juga dekat sahabat2 2nd year :] Tahniah kepada yang berjaya meluluskan diri. Kepada yang "kurang lulus" tabahkan hati, tingkatkan usaha... carilah hikmah disebaliknya.. :]

KURANG LULUS tidak semestinya kita ini adalah student yang paling LEMAH, mungkin sebagai keKUATan untuk terus menghadapi cabaran pada masa hadapan,

KURANG LULUS tidak semestinya Allah tidak menyayangi kita.. Allah Maha Penyayang..., mungkin kerana sayang, DIA kurniakan kegagalan agar kita terus mendekatiNYA supaya tidak menjadi LALAI

KURANG LULUS tidak semestinya satu keburukan buat kita, mungkin yang lebih baik akan tiba suatu hari nanti.. siramlah hatimu dengan air dari telaga keSABARan.. sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita

Selalulah berDOA kepada Allah, kerana DIAlah yang memberikan pertolongan kepada kita,

" Dan apabila hambaku-hambaKU bertanya kepadamu (Muhammad) tentang AKU, maka sesungguhnya AKU dekat. AKU kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)KU dan beriman kepadaKU, agar mereka memperoleh kebenaran." AlBaqarah:186

Selain itu, MUHASABAHlah diri, mungkin ada yang terSILAP dalam perlakuan kita, mungkin ada keKURANGan pada amalan kita, so berusahalah membaiki kesilapan itu dan tingkatkan amal kita.

Apa yang penting, hindarkanlah perasaan cemburu kepada rakan2 yang lulus. Kadang2 bukan niat mereka untuk menyinggung perasaan sahabat yang kurang lulus apabila mereka "gembira".

Jagalah HATI, jangan biarkan keGAGALan dunia ini membawa kepada keGAGALan akhirat.



Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi

Tombo Ati By Opick

No comments:

Post a Comment